Thursday, December 31, 2009

Perkara-perkara yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai hamba ALLAH SWT.

~Kita sentiasa muhasabah diri sebagai hamba ALLAH
Mesti meningkatkan ilmu agama setiap detik nafas nyawa kita.

Ummah

Manusia yang tinggal di dunia ini adalah hamba kepada ALLAH SWT. Tanggungjawab kita kepada Pencipta kita adalah sembah, sujud dan taat kepada segala perintahNya dengan mendekati diri kepadaNya dan mencintai Pesuruh ALLAH, Rasulullah SAW. Rasul Junjungan kita yang menjadi pegangan hakiki ummah kini.

Keagungan Islam

"Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan
melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Nabi
Muhammad Pesuruh Allah.'

Di sini sangat jelas bahawa Solat adalah amalan paling penting bagi kita sebagai umat Islam..
Lanjutan daripada membaca Al-Quran juga perlu dititikberatkan untuk memastikan amalan utama kita diterima ALLAH.